Monday, 17 November 2014

PELIK!! Penduduk Kampung Di China Minum Tahi Lembu dan Kambing Untuk Merawat Kanser..


Penduduk kampung Jinshicun di Wilayah Hunan China telah menemui cara yang agak pelik sekali untuk mengekalkan kesihatan. Mereka sebenarnya sedang minum ramuan campuran tahi lembu kambing yang mereka fikir adalah penawar ajaib untuk merawat kanser dan penyakit-penyakit lain.

Penduduk kampung berkata, mereka terjumpa perubatan itu apabila seorang wanita tua tempatan menderita penyakit kanser telah bangun pada satu hari dengan permintaan pelik - dia menyuruh anaknya untuk mengumpul najis haiwan sebanyak mungkin. Anaknya dipatuhi, tanpa memikirkan kenapa ibunya menyuruh diab erbuat demikian. 

"Saya telah disahkan menghidap kanser paru-paru Januari lalu dan walaupun telah keluar masuk hospital tiada rawatan yang mampu melawan penyakit itu" jelas Shuang Ma, berusia 66 tahun. "Dan kemudian saya telah bermimpi di mana satu suara memberitahu saya untuk mencampurkan tahi lembu dengan tahi kambing. Apabila saya bangun, saya mengarahkan anak saya melakukan apa yang saya mimpi dan dia pergi melakukannya juga. "


Ma mengeringkan semua tahi itu pada matahari dan dihancurkan membentuk serbuk. Kemudian dia menambah air pada serbuk itu dan meminum ramuan itu. Tidak lama kemudian, dia mendakwa bahawa dia 'berasa lebih baik'. Walaupun beliau tidak melakukan pemeriksaan di hospital untuk sebarang pengesahan atau susulan sejak dia mula mengambil ubat itu, penduduk kampung mempercayai penemuan rawatan dia itu.

Tidak lama kemudian semua penduduk kampung mahu mencuba penawar untuk diri mereka sendiri. Orang pertama yang lakukan adalah Xian Li berusia 40 tahun, yang menderita penyakit sakit puan. Selepas meminum ramuan tahi ajaib itu, beliau dilaporkan bertambah baik juga. "Selepas mendengar tentang bagaimana ia telah menyembuhkan Ma, saya mula minum ubat beliau dua kali sehari selama tiga bulan. Kini saya lebih baik" katanya.

Apabila semakin ramai penduduk kampung yang menggunakan ramuan ajai itu, Seorang doktor di China mendapati ianya tidak perlu untuk mengeluarkan amaran tentang bahaya ramuan itu. "Tahi Lembu dan kambing telah digunakan pada zaman purba China sebagai satu cara untuk mengepam keluar toksin dan haba," akui Liu Shaogui, seorang doktor di Universiti Perubatan Hunan China. "Walaubagaimanapun, mereka yang mencuba kaedah ini menghadapi risiko jangkitan bakteria dan parasit jika tahi tidak dirawat dengan betul."

Penduduk di China juga ada yang mengkritik ramuan penawar itu sehingga membuatkan semua penduduk kampung percaya kerana kejahilan mereka. "Berita yang sangat menyayat hati," tulis seorang pengguna. "Saya tidak boleh percaya bahawa pada abad ke-21 dan di negara yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia, masih ada orang yang merawat kanser dengan cara sedemikian. Siapa yang sanggup minum ramuan sedemikian sekiranya seseorang mempunyai wang?"

History of Humanity and it's true

Milo Manara - Storia dell’Umanità    History of Humanity

Wonderful artwork by Milo Manara, depicting human history. Sex, war to gain sex, more war to gain riches to have more sex.

h1

h2

h3

h4

h5

h6

h7

h8

 

Milo Manara is an Italian comic book writer and artist well- known for his erotic approach to the medium. Enjoy more of his sensual work at Milo Manara-Cultura Inquieta


Menyayat hati: Lelaki Thailand Ini Berkahwin Dengan Teman Wanitanya Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Kemalangan.


Kisah cinta tragis dari Thailand ini berlaku pada tahun 2012. Seorang lelaki mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan dia dan teman wanitanya yang telah dirancang, walaupun teman wanitanya telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. 

Sarinya Kamsook 29-tahun dan teman lelakinya berusia 28 tahun, Chadil Deffy, merancang untuk berkahwin tahun itu. Perkahwinan dianggap acara yang paling istimewa dalam hidup seorang wanita dan ianya tidak berbeza untuk Sarinya. Dia tidak bersabar menghitung hari untuk perkahwinan ini apabila dia akhirnya akan berkata 'I do', bersama-sama dengan teman lelaki yang dicintai dalam hidupnya, namun tidak menyebelahi pasangan muda itu. Sehari sebelum perkahwinan, Sarinya telah terlibat dalam kemalangan kereta dan dia meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah. Sepatutnya dia masih boleh diselamatkan dengan rawatan perubatan yang tepat pada masanya. Walau bagaimanapun, doktor memaksanya menunggu selama 6 jam disebabkan oleh ICU penuh sesak. Doktor sepatutnya mengarahkan dia dipindahkan ke hospital lain. Namun dia tidak sempat diselamatkan dan meninggal dunia akibat kecederaan beliau.

Deffy dan Sarinya telah bersama selama 10 tahun, sebelum akhirnya mereka mengambil keputusan untuk bersama. Sebenarnya mereka telah menangguhkan perkahwinan beberapa kali, kerana jadual yang sibuk dan juga kerana Deffy ingin menamatkan pelajarannya sebelum dia berkahwin. Walaubagaimanapun, Sarinya telah meninggal dunia sebelum mereka berkahwin dan Deffy tidak boleh membiarkan dia pergi tanpa memenuhi keinginan beliau. Jadi, Deffy mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia juga. Pada 4 Januari, Deffy telah berkahwin dengan mayat teman wanitanya. Acara ini berlangsung di Surin, sebuah bandar di utara Thailand. Pada majlis itu, beliau melahirkan ketaatan beliau dan kasih yang mendalam untuk Sarinya. Beberapa rakan-rakan dan saudara-mara menghadiri majlis perkahwinan, dan ia telah pun disiarkan di televisyen di Thailand. Kisahnya serta gambar dari perkahwinan telah menjadi sensasi pada masa itu di internet.


Imej-imej menunjukkan Deffy mencium dahi teman wanitanya itu dan meletakkan cincin perkahwinan di jarinya. Deffy berharap semoga jiwa 'isterinya' kini berada di dalam keamanan, setelah menerima hasrat terakhirnya.

Wanita Disahkan Mati Bangun Semula, Minta Teh Panas



SEORANG wanita warga emas berusia 91 tahun dari Poland yang telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas mengejutkan seluruh ahli keluarganya apabila bangun semula selepas 11 jam berada dalam beg mayat.

Wanita tersebut, Janina Kolkiewicz disahkan mati oleh Dr Wieslawa C yang kini dipersalahkan kerana tersilap diagnosis kematian warga emas tersebut.
Selepas disahkan meninggal dunia, Janina dihantar ke pusat pengurusan mayat untuk hal pengebumian namun 11 jam selepas berada di situ, seorang pekerja menyedari terdapat pergerakan dalam beg mayat yang mengandungi mayat Janina.
Berasa curiga, pekerja tersebut membuka beg mayat dan terkejut apabila mendapati wanita itu masih hidup malah sempat meminta teh panas sebaik beg itu dibuka.
Selepas itu, Janina terus dihantar pulang ke rumah di mana ahli keluarganya sedang berkabung dengan ‘pemergiannya’ 11 jam sebelum itu.

Demi Ketam Melintas, Jalan Ditutup Setiap Tahun



Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.
Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.
Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
crab-2crab-3
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.
Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.
crab-5
Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!
redcrab02red-crab-migration-7[2]3 (1)cRAB gOLFdownload
crab-4
Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu 

Friday, 14 November 2014

BORNEO : Gempar! Senjata Masyarakat Dayak iaitu Parang Ilang, Nyabur atau Mandau "berdiri".

BORNEO. Penduduk di salah satu wilayah di Pulau Borneo (tidak dipastikan wilayah mana sama ada di Sarawak , Kalimantan  atau Sabah) gempar dengan beberapa gambar tersebar di laman facebook dimana dipercayai "bakal" terjadinya satu "peperangan" .

Terlebih dahulu tentu kita pernah mendengar sejarah Masyarakat Dayak dengan adat lampau mereka yang digeruni dahulu iaitu "Pemburuan Kepala" .
Pertanda "sesuatu akan terjadi"?
Apabila sejenis Senjata Dayak iaitu disebut "Ilang" atau "Nyabur" di Sarawak atau juga "Mandau" bagi Masyarakat Dayak di Kalimantan dikatakan berdiri Tegak sendiri di hujung runcing bilah senjata tersebut.

Ada sesentengah mengatakan bahawa kemungkinan ini adalah "isyarat"daripada moyang lampau ( semangat para pagliman atau pahlawan dayak lampau) untuk menyediakan atau mempersiapkan diri untuk menghadapi satu situasi seperti "perang" yang mungkin akan terjadi. 

Senjata asli masyarakat Dayak yang mempunyai "semangat".
Atau adakah ini satu isyarat seperti menyuruh masyarat Dayak BANGKIT! BERANI! BERMARUAH! yang kita sering mendengar tanah - tanah mereka dirampas serta dicoboh, hak mereka ditindakkan serta ditindas menyebabkan "kemurkaan" kepada semangat - semangat moyang masyarakat Dayak?.

From pengerindu.com

Thursday, 13 November 2014

Rupa cantik, tapi?!



Mexico – Wajahnya seperti seorang pelakon sinetron namun siapakah wanita ini?

Dia, Maria de los Angeles Pineda bukan calang-calang orang sebaliknya merupakan ketua kepada kumpulan kartel yang terlibat dalam 200 pembunuhan kejam dan kehilangan penduduk di bandar Iguala.
Pineda yang juga isteri kepada Datuk Bandar Iguala menjadi tajuk utama akhbar selepas dia ditahan berhubung pembunuhan beramai-ramai 43 pelajar baru-baru ini.
Tetapi siapakah dia?
Pineda rupanya adalah seorang wanita kejam dan merupakan ketua kepada segala ketua jenayah di Iguala.
Dia juga adalah ketua kartel dadah United Warriors, satu kumpulan penjenayah yang terkenal kerana sering menculik mangsa pada waktu malam dan kemudiannya`melenyapkan’ mangsa berkenaan.
Meskipun penduduk Iguala mengetahui kejahatan Pineda namun mereka tidak berani berbuat apa-apa kerana`hukuman’ pasti akan diterima jika mereka bersuara, apatah lagi pasukan polis tempatan dikuasai oleh wanita ini.
Pineda sendiri berasal daripada keluarga penjenayah. Anggota keluarganya termasuk ibu dan bapanya ditahan di penjara manakala saudara-maranya yang lain turut ditangkap dan ada yang mati dibunuh.
Sejak kecil, Pineda, yang digelar wanita cantik tetapi jahat ini, telah menyaksikan penculikan dan pembunuhan yang dilakukan oleh keluarganya.
Dia adalah anak kedua daripada lima beradik kepada pasangan Salomon Pineda dan Maria Villa.
Ibu dan bapanya terlibat dalam jenayah kejam selepas kakak Pineda diculik dan dibunuh. Sejak itu keluarga tersebut tidak lagi memandang ke belakang dan mula melakukan penculikan serta pembunuhan sebagai membalas dendam.
Pineda berkahwin dengan Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca dan suaminya itu hanya boneka semata-mata dengan Pineda yang mengawal bandar berkenaan.
pag_10_edicion_608_920
Mereka kemudiannya membina empayar di bandar itu dengan menceburi perniagaan emas dan mempunyai lebih 17 kedai emas serta rumah di sekitar bandar.
Pineda menjadi tumpuan selepas merasuah polis untuk menculik 43 pelajar terbabit dan mengarahkan United Warriors `mengajar’ mereka kerana dikatakan cuba mengganggu majlis keramaian yang diadakannya.
Kartel itu kemudiannya telah membunuh pelajar-pelajar terbabit dengan membakar mereka, dan ada antaranya dibakar hidup-hidup hingga hangus.
Pineda yang suka kerana dirinya ditakuti dibandar itu kini ditangkap polis bersama suaminya.
Dia berdepan tuduhan membunuh, terlibat dalam kumpulan jenayah dan menyebabkan kehilangan 43 pelajar.Share